24 May 2013

Complain

Memang kerja orang sekarang asyik complain. Lagi lah ade social media. When everybody complaining orang pon terikut. Seolah-olah complain tu mcm satu trend. And yes right now I want to complain about people yang suka complain.

Aku mengaku, aku pon kengkadang tak terlepas dari mengomplain ni. But slow slow kita kena take a deep breath, sabar and remind ourself. Bila rasa macam nak complain tu, take a minute to muhasabah diri, compare situation kau dengan orang yg lagi worst dari kau

"Takpe lah, atleast dapat lah jugak duit dari ada orang yg keja dapat duit ciput je"
"Syukur, aku ada family walaupun sume ego tak tunjuk sayang kat aku daripada ada yang takde family dan kurang mendapat kasih sayang"

Bersyukur faham? Bersyukur!

Kat dunia ni takde sape yang perfect. Nabi Muhammad pon tak perfect. Rasulullah lahir tak berbapa, kau lahir ada ayah mak kakak abang, bersyukur tak?

Jangan bandingkan kita dengan orang yang lagi "perfect" dari kita. Sebab benda tu tak bagi apa-apa impact kat kita. Buat kita lagi rasa tak bersyukur.

Berbalik pada complain, bila kita complain (eg: buat kerja), secara tak langsung benda yg kita buat tu tak ikhlas. Bila tak ikhlas, maka hilang lah pahala. Penat je buat kerja berlambak-lambak.

Pernah ada satu sem dapat lecturer yang haihhhh lahh. Memang tahan je lah bebel, marah, nonsense dia sume, setiap kali kelas dia "ni untuk kebaikan kau! Ni untuk kebaikan kau!". Dah nak last class ingat dah lepas lah "azab", sekali haaa nah 10 correction, kena tulis soalan dengan jawapan test. Pehhhhh, memang dugaan time tu. Memang berat! Memang nak menyumpah je buat. Sepanjang buat tangan lenguh je, rasa nak menyumpah, cepat cepat "untuk kebaikan kau! Untuk kebaikan kau!"

Kalau cikgu/lecturer/ustaz/ustazah/sesape yang pernah mengajar kita ni lagi lah kita tak boleh nak complain. Seteruk mana pon dia ajar, bila kita tak suka tak berkat lah ilmu tu. 

Orang kata ilmu tu kita yang kena cari. Bila kita nak jadi engineer. Kita kena belajar untuk jadi engineer. Jadi kita masuk kolej/uni, belajar segala ilmu untuk jadi engineer. Kita masuk uni tu sume sebab kita sendiri cari ilmu. Tapi last last kita yang sia-sia kan ilmu tu sikit, ilmu ni sikit. Sebab apa? Sebab tak bersyukur dengan ilmu yang diberi.

Hormat mereka. Level diorang lagi tinggi dari kita. Jangan salahkan "aku dari dulu belajar benda ni, tak pernah faham. Tak tau kenapa". Tu lahhh, ilmu tak berkat. Kita kalau hormat, bersyukur, berterima kasih dengan apa yang dia ajar, InsyaAllah berkat ilmu tu. Ingat, doa seorang guru tu berkat.

Spend a minutes to thank all of your teachers.

Aku pon tak perfect. Kengkadang aku terlupa. Aku complain. Patu muhasabah diri. Bersyukur. Tapi satu lah complain yang aku tak boleh nak berhenti; tegur. Macamni, yang aku tulis ni. Kita complain sebab kita nak tegur untuk kebaikan. Bukan complain sebab tak bersyukur, complain sebab mengharap orang lain amek ikhtibar atau panduan. 

"Apa lah pakai tudung macam rupa wig. Free-hair je lah camtu"
"Ape ni teh camni, kau bagi teh basi macamni, takde sape nak datang kedai kau lagi"
"Perangai kau dok complain je, kau rasa orang suka?"
"Mahal gila. Kualiti pon takde. Sape nak beli?"

Complain macamtu ok lagi kot. So ingat, ikhlas kan hati, walaupun berat, Insya Allah, 1001 kebaikan Allah berikan.

Wallahualam, thank you :)

No comments:

Post a Comment