06 November 2013

Hijrah

Cakap pasal hijrah ni, satu benda yang paling besar penghijrahan aku dari free-hair ke bertudung.
Mungkin orang lain akan rasa "elehh apa susah sangat nak pakai tudung". Kau tak tau, aku ni bukan lah dari keluarga yang alim dan kuat agama. That's one of the reason why. Adik beradik aku pulak mmg boleh dikatakan semua free-hair masa tu. Sedara mara aku pon kebanyakannya free-hair. Jadi aku agak kekurangan support dari orang sekeliling. Aku takut aku rasa pelik bila aku berubah. Paling aku takut, dah pakai, pastu aku free-hair balik.
So, aku start pakai tudung mase aku 19 tahun. Aku takde lah mcm dapat musibah or mimpi kiamat ke. Aku start pakai sbb, why not start dari sekarang? Kita tau kemampuan kita tahap mana. Kalau kita rasa tak mampu nak berubah secara drastik, kita berubah sikit sikit. Dengan niat "aku pakai ni, hope aku jadi a better person each day. A better muslim"
Aku takde exact date bila aku pakai. But yang aku tau aku start pakai masa tu rambut aku tak betul, so cam aku amek shawl kakak aku yg dia longgok tak pakai, pastu aku lilit lilit. So, aku macam, why not giving a try. Then aku keluar pakai tudung, Alhamdulillah everyone were giving a positive thought and respond. Mostly kawan kawan aku semua pakai tudung and jenis gaya sempoi sempoi. So, aku tak lah terasa macam terpinggir sbb aku lain dari diorang. Instead, aku lagi rasa terpinggir masa aku free-hair. Tengok yg lain semua pakai tudung je.
So, masa awal awal pakai tu tak de lah terus pakai labuh ke ape. Slow slow. Aku ada jugak sesekali keluar tak pakai. But like I said, benda ni ikut kemampuan. Certain orang akan kata, benda wajib kena lah laksanakan. Tak boleh tangguh. Kita amek contoh, perokok yg nak berhenti merokok. Takde nya esok dia nak berhenti, terus dia berhenti. Takde. Dia mesti slow slow berhenti. Aku tak kata pakai tudung tu seburuk macam berhenti merokok. But situation dia. Perubahan dia. Dari buruk ke baik.
Since awal awal pakai tu pon aku tak de lah nak tunjuk gambar pakai tudung dengan caption "Alhamdulillah". Mahupun, aku memberi hint kat semua orang aku dalam proses pakai tudung. Still, masa tu ada lagi gambar free-hair aku kat facebook, twitter sume. Aku tak nak menunjuk yang aku ni berubah. Kadang-kadang benda tu boleh jadi riak. Kang tup tup, free-hair balik atau paling paling orang nampak kita free-hair, apa orang kata nanti? Tak memasal orang burukkan kita. Tapi bukan nak kata aku ada niat nak free-hair balik. Aku tak nak benda tu jadi. But, kalau kita salah langkah, what if?
After 3-4 bulan, kalau tak silap, masa tu kat UITM. Aku tengok video wardina. Cakap pasal perubahan dia sume. Pastu aku nangis dengar satu ayat dia ni, mungkin tak sama, tapi lebih kurang, "kalau kita niat nak berubah jadi baik, Allah bawak kan orang orang yang baik untuk kita, bantu kita". Aku nangis gila gila. Ya Allah, masa tu aku rasa dekat sangat dengan Allah. Aku rasa macam betapa sayangnya Dia pada aku.
Kenapa aku nangis?
Cerita dia, masa tu aku awal awal masuk sem. Aku kena pindah kolej. Actually, aku tak dapat kolej. I wonder why? Sebab macam tak logik gila aku tak dapat. Apply awal, kad aktiviti penuh. Tanya pihak kolej, dia kata aku tak buat application. Padahal aku mmg seriously buat. Sebabkan tu, aku kena pindah kolej lain yg jauh dari kolej lama aku. So, kalau nak pergi kelas, aku kena pegi dengan classmate aku yg duduk satu kolej and yang bersebelahan dengan kolej aku. Kitorang takde lah rapat sangat, tapi since then, kitorang start rapat. Kitorang ada 5 orang yg kolej dekat, sorang kolej lain. Sebab kitorang kolej dekat dekat, kebanyakan projek, kitorang buat sesama, study sesama, satu kepala. Kitorang suka berbual, cakap pasal macam macam. Pasal sekolah, kisah silam, kenangan and aku perasan, apa apa yang kitorang bualkan, akan selit perbualan agama. Tak formal pon perbualan kitorang. Siap bergelak ketawa macam orang gila. Sempoi je borak. Tapi seolah forum. Setiap orang beri pendapat, cerita kisah masing masing, kena dengan topik, berantai-rantai, towards the end mesti ada conclusion. Memang menarik perbualan kitorang. Aku suka berbual dengan kawan-kawan aku tu. Sampai aku merasakan diri aku ni sedikit demi sedikit terbimbing dengan diorang. Aku sedar sejak aku berkawan dengan diorang, aku start amek berat dengan solat aku, pemikiran aku, percakapan aku. Aku banyak amek tau pasal benda benda yang berkaitan dengan agama dan macam-macam lagi lah. Semakin lama, aku jadi semakin positif.
So, bila aku dengar Wardina kata macam tu, aku tersedar. Aku rasa macam satu anugerah besar Allah bagi kat aku. Allah tau niat aku baik, Allah tau aku takut satu hari aku free-hair balik, aku liar dan Dia tau niat aku nak jadi seorang muslim yang sempurna. Jadi, Dia rancang aku duduk pindah dari kolej lama aku, hantar kat aku kawan-kawan yang baik ni, dijadikan kawan rapat aku supaya aku sentiasa terbimbing. Ya Allah, Ya Allah.
Since dari haritu, aku bersyukur dapat kawan macam diorang. Aku bertambah sayang dan treasured each one of them. Sebab persahabatan kitorang atas takdir untuk membantu aku.
Mungkin cerita aku ni tak se-hebat cerita orang lain. Tapi hanya Allah yang tau macamana perasaan "susah" nya aku nak berhijrah ni. Allah tau kemampuan aku ni tahap mana. Allah tau aku sangat dependable, setiap benda aku perlukan support dan bimbingan. Sebab tu aku rasa sangat sangat sebak bila aku realized benda ni.
Alhamdulillah, semakin lama, aku semakin positif, matang, rendah diri, apa yang aku buat semua bersederhana. Aku buang perangai menunjuk-nunjuk. Aku buang gambar free-hair aku. Aku percaya, even aku tak dapat tunjuk kecantikan luaran aku, which is rambut aku, aku sentiasa nampak cantik di mata Allah dan di mata orang yang menilai aku kerana aku. Bukan kerana cara aku bergaya. Aku lebih suka life aku macamni. Aku rasa selamat dari mata mata buaya yang hanya pandang sebahagian diri aku kerana nafsu. Sekarang, pandang pon sekali lalu. Nampak macam hina tapi aku rasa terpelihara.
Since aku pakai tudung ni gak, aku perasan kakak-kakak aku pon sekarang dah pakai tudung. Lepastu sedara-sedara aku. Mungkin sebab perubahan aku ni, ada sikit dakwah yang disampaikan walaupun sebenarnya tak disengajakan, sebab aku dikira antara yg terawal pakai tudung, sebab tu diorang tak rasa macam awkward nak pakai tudung, despite macamana cara hidayah yg diorang dapat.
Alhamdulillah.
Semoga semakin hari aku semakin menjadi seorang muslim yang baik, Insya Allah. Semoga aku akan sentiasa berjumpa dengan orang yang baik dan bermanfaat buat diri aku :)
x

No comments:

Post a Comment